Warriors Challenge 2016

Kuala Lumpur - 10 Disember 2016

Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari Baharu, telah menyempurnakan Perlepasan acara "Warriors Challenge 2016" bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sg. Besi Kuala Lumpur.

Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran ATM (PVATM). "Warriors Challenge 2016" ini adalah sebahagian daripada promosi Kempen Tabung Hari Pahlawan yang telah dilancarkan baru-baru ini. Ia merupakan perlumbaan larian berhalangan sejauh 8km yang menawarkan pelbagai cabaran untuk semua kategori kecergasan, serta saringan yang kompetitif bagi menguji diri semua peserta. Seramai 500 peserta telah menyertai acara ini.

Turut hadir Timabalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato' Mohammad Foad bin Haji Abdullah; pegawai-pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan serta penaja-penaja program

 

×