Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera ke-18

Kuala Lumpur - 15 Disember 2016

Perbarisan Penghargaan Panglima Angkatan Tentera Ke-18, merupakan satu perbarisan yang diadakan sempena persaraan YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Bin Mohd Zin sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-18.

Perbarisan Penghargaan kepada beliau adalah merupakan tanda penghormatan serta ketulusan hari warga ATM menyampaikan ucapan penghargaan dan tanda terima kasih kepada Ybhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin selaku Panglima Angkatan Tentera.

YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli Bin Mohd Zin telah memeriksa perbarisan diikuti dengan perbarisan berjalan lalu dan mara mengadap. Beliau kemudian menyampaikan ucapan dan diikuti dengan laungan Gempur Wira. Perbarisan mempersembahkan Hormat Penglima diiringi dengan lintas hormat 4 pesawat helikopter ATM sebelum tamatnya Perbarisan Penghargaan PAT ke-18.

Perbarisan ini diketuai oleh Komander Rosli bin Mukri TLDM melibatkan seramai 33 Pegawai dan 538 anggota Lain-lain pangkat serta 15 panji-panji Rejimen. Panji-panji dari Kontinjen Darat ialah panji-panji Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja, Batalion Keenam Rejimen Renger Diraja, Rejimen Ketiga Kor Armor Diraja, Rejiman Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen, Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, dan 72 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja. Bagi Tentera Laut Diraja Malaysia, panji-panji adalah dari KD Malaya, KD Rajawali, KD Panglima Hitam dan Kd Duyung manakala bagi Tentera Udara Diraja Malaysia, panji-panji dari No 2 Skuadron, No 10 Skuadron, No 16 Skuadron dan No 18 Skuadron.

×

  • Saksikan aktiviti-aktiviti Segmen Maritim sepanjang LIMA '17 yang berlangsung di Langkawi. Rakaman aktiviti ini dirakam khas bagi tontonan semua. Sila layari Laman Youtube Rasmi TLDM. Klik untuk maklumat lanjut.

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

  • Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.