Berita Terkini

Lawatan KSN Ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota

Kluang - 18 Disember 2016

Lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa telah mengadakan lawatan ke Markas 7 Briged, Kem Mahkota Kluang,

Johor dan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota atau Community Rehabilitation Program (CRP). Lawatan KSN ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri Pusat Pemulihan Kemasyarakatan (PPP) Kem Mahkota yang merupakan salah satu projek kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS 4) dan Government Transformation Programme (GTP).
Program Pemulihan Pemasyarakatan merupakan usaha Kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk membimbing individu yang sedang menjalani hukuman penjara kembali ke pangkuan keluarga sebagai insan yang benar-benar berguna kepada masyarakat dan negara. Pelancaran Program Pemulihan Pemasyarakatan dan Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Mahkota Kluang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 26 Mac 2011.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abd. Rahim bin Mohd Radzi; Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan KDN, YBhg Dato' Sri Mustaffa bin Hj. Ibrahim; Panglima Medan Barat Tentera Darat MK Pemerintahan Medan Barat, YBhg Leftenan Jeneral Datuk Azizan bin Md Delin wakil rasmi Panglima Angkatan Tentera; Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg Komisioner Jeneral Penjara Dato' Sri Haji Zulkifli Omar; Pengarah Intan, YBhg Dato' Sri Dr. Mazlan bin Yusof serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.

CetakEmel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hak Cipta @ 2017 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input

×
Kaji Selidik Portal MinDef

 

 

 

 

 

 

 

Klik untuk selanjutnya