Berita Terkini

Menteri Pertahanan Melawat Mangsa Nahas Pesawat

KUALA LUMPUR - 22 Dis 2016

Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein melawat Lt Hamdi bin Ahmad Hanafi TUDM, salah seorang anak kapal

yang terlibat dalam nahas pesawat Beechcraft TUDM, di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Turut mengiringi beliau adalah Ketua Setiausaha, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.

×