Berita Terkini

Menteri Pertahanan Menziarahi Salah Seorang Anak Kapal

PULAU PINANG - 23 Dis 2016

Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein menziarahi Sjn U Mohd Sofi Azizan, salah seorang anak kapal yang terlibat dengan nahas pesawat Beechcraft

B200T TUDM di Hospital Pulau Pinang. Turut mengiringi beliau adalah Ketua Setiausaha, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato' Sri Hj Affendi Buang TUDM serta pegawai-pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.

Didoakan semoga cepat sembuh.

 

×