Berita Terkini

Kunjungan MPP UniMAP sempena Program Kembara Ilmu di Wisma Perwira ATM

KUALA LUMPUR - 13 Februari 2017

Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum telah menghadiri Program Kembara Ilmu Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan Malaysia yang turut dihadiri oleh Timb. Naib Caunselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UniMAP YBhg Prof. Madya Dr. Mohd Fo'ad bin Sakdan, Dekan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UniMAP, Prof Madya Razli bin Ahmad dan Ketua Penolong Setiausaha BDPS, Kementerian Pertahanan, Encik Sahipulhijaiman bin Sulaiman.

YB Dato' Sri Mohd Johari bin Baharum berkata, 

"Sebagai pelajar perlu ada pertimbangan yang sewajarnya dalam membuat keputusan dan sentiasa membuat rujukan serta mendapat maklumat dari sumber yang betul. Tingkatkan semangat bersatu-padu serta toleransi dikalangan pelajar," 

 

Beliau juga turut menekankan bahawa para pelajar diingatkan supaya menggunakan peluang sebaik mungkin untuk belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa memikirkan hala tuju di masa depan. Selain itu, generasi muda pada hari ini perlu lebih berfikiran terbuka dalam memastikan sumber maklumat yang diterima adalah sahih dan betul.

Demo

Kementerian Pertahanan

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA

(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

×

  • Klik di sini untuk memberi pandangan anda mengenai Portal MinDef.

  • Saksikan aktiviti-aktiviti Segmen Maritim sepanjang LIMA '17 yang berlangsung di Langkawi. Rakaman aktiviti ini dirakam khas bagi tontonan semua. Sila layari Laman Youtube Rasmi TLDM. Klik untuk maklumat lanjut.

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

  • Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.