30 YEARS
In The
DEFENCE SHOW BUSINESS

Berita Terkini

Kuala Lumpur - 16 November 2016

Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd Johari Baharum mengiringi keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam

Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah yang berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Perbarisan bersejarah ini terdiri daripada lima panji-panji Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan panji-panji Tentera Udara Diraja Malaysia. Ia melibatkan lima kontinjen utama iaitu tiga daripada Tentera Darat Malaysia yang terdiri daripada kontijen Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja dan Kor Armor Diraja serta masing-masing satu kontijen dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Turut serta ialah Panglima Angkatan Tentera, Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hj. Zulkifeli bin Mohd Zin dan isteri; Panglima-Panglima Perkhidmatan dan isteri; pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Pengumuman

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

    Selanjutnya

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

    Selanjutnya

  • Makluman Tender

    Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

    Selanjutnya

Facebook
Instagram
Youtube
Twitter
Borang
Contact
RSS
Feedback
Mobile

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2017 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input