Berita Terkini

berita

Wawancara Selamat Pagi Malaysia Sempena Seminar Wasatiyyah ASEAN

Kuala Lumpur - 15 November 2016

Briged Jeneral Dato' Hj Nawawi bin Hj Daud, Timbalan Ketua Pengarah Operasi & Pembangunan Insan, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Markas ATM dan Encik Mohamad Fadzil bin Omar Baki,

Timbalan Pengarah (Program dan Komunikasi), Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) bersama menghadiri wawancara Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Seminar ini akan diadakan pada 22 hingga 24 November 2016, Selasa hingga Khamis bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Bertemakan ‘Unity Of Ummah - Countering The Threat Of Militancy Extremism/Terrorism’ seminar ini bertujuan meningkatkan kerjasama serta mencari satu resolusi bersama khususnya dengan negara-negara Asean dalam isu-isu yang melibatkan Ekstremisme di samping menunjukkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan konsep dan pendekatan Wasatiyyah.

Turut serta ialah pegawai tinggi tentera, pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

×