Berita Terkini

berita

Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Pertahanan

Kuala Lumpur - 21 November 2016

Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima kunjungan hormat daripada Chief of Joint Staff Department, Central Military Commission,

PR China, Jeneral Fang FengHui di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan kerjasama antara dua negara khususnya dalam bidang keselamatan. Kedua-dua negara akan mengadakan beberapa siri latihan bersama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan P.L.A of China.

Turut serta ialah pegawai tinggi tentera dan pegawai kanan awam Kementerian Pertahanan Malaysia dan China.

×