System Star Rating (SSR)

PELAKSANAAN “SYSTEM STAR RATING” (SSR) KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Latar Belakang

Penarafan Bintang atau “System Star Rating” (SSR) telah diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada awal tahun 2007. Y.A.B. Perdana Menteri telah menyarankan supaya penarafan bintang merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan Agensi-agensi Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam.

Bagi tujuan ini, pihak MAMPU telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian Star Rating berdasarkan empat objektif utama iaitu:-

  1. Menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi Kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam berada pada tahap yang cemerlang;
  2. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul;
  3. Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan terbaik serta pengurusan kualiti yang telah membawa kejayaan kepada organisasi; dan
  4. Menggalakkan persaingan yang sihat dikalangan agensi Sektor Awam dalam amalan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.

Terdapat 3 komponen utama yang dinilai iaitu:

1. Pengurusan:

    a. Pengurusan Organisasi
    b. Pengurusan Kewangan
    c. Pengurusan Sumber Manusia
    d. Pengurusan Projek Pembangunan
    e. Pengurusan ICT

2.    Perkhidmatan Teras
3.    Pengurusan Pelanggan

Kementerian Pertahanan telah dinilai buat pertama kali pada tahun 2007 dengan pencapaian 75.07% markah dan diberi penarafan 3 bintang. Seterusnya pada tahun 2008, Kementerian Pertahanan telah memperoleh 81.48% markah dan diberi penarafan 4 bintang. Dalam penilaian terakhir yang telah dilakukan oleh MAMPU pada tahun 2010, Kementerian Pertahanan telah memperoleh markah sebanyak 94.52% dan diberi penarafan 5 bintang. Penilaian seterusnya akan dibuat pada bulan Mei 2012 dan keputusan dijangka diperolehi pada Disember 2012.

Demo

Kementerian Pertahanan

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA

(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

×

  • Klik di sini untuk memberi pandangan anda mengenai Portal MinDef.

  • Saksikan aktiviti-aktiviti Segmen Maritim sepanjang LIMA '17 yang berlangsung di Langkawi. Rakaman aktiviti ini dirakam khas bagi tontonan semua. Sila layari Laman Youtube Rasmi TLDM. Klik untuk maklumat lanjut.

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

  • Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.