PORTAL RASMI

KEMENTERIAN PERTAHANAN

MALAYSIA

30 YEARS
In The
DEFENCE SHOW BUSINESS

Berita Terkini

Kuala Lumpur, 24 NOVEMBER 2017 

Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Kor Kesihatan Diraja (KKD) telah dilaksanakan khas sempena sambutan Ulang Tahun Jubli Emas KKD. Majlis disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Seramai 110 veteran yang terdiri daripada 24 pegawai dan 86 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) telah hadir untuk menerima pingat. PJM dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia yang berkhidmat semasa Darurat Menentang Komunis dan Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Disamping itu, Kementerian Pertahanan juga memaklumkan bahawa satu Blueprint transformasi Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kolaborasi MINDEF dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk inisiatif Kesihatan ATM dibawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) akan memfokuskan kepada beberapa perkhidmatan kesihatan veteran ATM.

Kor Kesihatan ATM juga memperluaskan perkhidmatan kepada veteran melalui pemeriksaan dan rawatan di kesemua fasiliti hospital dan klinik ATM. Perkhidmatan farmasi veteran dan klinik malam juga akan diwujudkan di hospital-hospital tertentu yang dikenal pasti tidak lama lagi.

Inisiatif ini selari dengan pengumuman YAB Perdana Menteri di mana satu Hospital Veteran akan diwujudkan bagi menjaga kebajikan dan kesihatan veteran ke tahap yang lebih baik.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Kamarulzaman bin Hj. Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang dan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Seri Panglima Hj. Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi.

Pengumuman

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

    Selanjutnya

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

    Selanjutnya

  • Makluman Tender

    Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

     

    Selanjutnya

Facebook
Instagram
Youtube
Twitter
Borang
Contact
RSS
Feedback
Mobile

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input