PELANCARAN PROGRAM FIESTA NBOS MESRA RAKYAT DI PALOH, KLUANG

KLUANG, 11 Feb 2018 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Fiesta NBOS Mesra Rakyat di padang awam Paloh, Kluang, Johor. Program usahasama Kementerian Kewangan melalui Unit Strategi Nasional (NSU) dan Kementerian Pertahanan serta sokongan penuh dari Kerajaan Negeri Johor.

Bertemakan Mesra Rakyat #SembrongKita, bertujuan untuk memperkenalkan idea – idea NBOS yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan kepada rakyat setempat. Selain itu, program Fiesta NBOS ini juga adalah untuk memaparkan kejayaan dan keberkesanan perlaksanaan program – program NBOS, khususnya program Mobile CTC (MCTC). Penganjuran program Fiesta NBOS ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri di dalam program NBOS sedia ada. Fiesta NBOS Mesra Rakyat #SembrongKita ini juga membawa perkhidmatan agensi – agensi Kerajaan dan swasta kepada rakyat setempat dan luar bandar selain memberi ruang kepada rakyat setempat untuk mendekati pemimpin.

Program hari ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan,Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah; Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor ; Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato' Zulkiple bin Hj Kasim, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan.

 

CetakEmel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
Kemaskini Terakhir pada : 23/02/2018
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input