MAJLIS PERASMIAN SATU ANGGOTA SATU RUMAH (SASaR), SATRIA RESIDENSI DI KEM TRANSMITTER OLEH MENTERI PERTAHANAN

Sungai Besi, 11 April 2018 - Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein menyempurnakan Majlis Perasmian Satu Anggota Satu Rumah (SASaR), Satria Residensi bertempat di Kem Transmitter.

Pelancaran projek pembinaan rumah mampu milik di bawah Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang julung-julung kalinya diwujudkan untuk warga ATM dan warga awam Kementerian Pertahanan serta warga Veteran ATM.

Program ini dilaksanakan bertujuan memastikan lebih ramai anggota ATM dan warga awam Kementerian Pertahanan memiliki rumah sendiri sebelum mereka menamatkan perkhidmatan serta memberi peluang kepada veteran ATM memiliki rumah sendiri pada harga yang mampu dimiliki sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang digariskan di bawah Blueprint Perumahan Kementerian Pertahanan yang dilancarkan minggu lalu. Sebagai permulaan, sebanyak 3,500 unit rumah akan dibina khusus untuk anggota, veteran ATM dan warga awam Kementerian Pertahanan.

Sebanyak 1,800 unit daripada jumlah tersebut diperuntukkan kepada warga Tentera Darat Malaysia iaitu 1,260 unit kepada anggota dan 540 unit kepada veteran; 600 unit kepada warga Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu 420 unit kepada anggota dan 180 unit kepada veteran; 600 unit kepada warga Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu 420 unit kepada anggota dan 180 unit kepada veteran; dan 500 unit lagi kepada warga awam Kementerian Pertahanan.


Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 19 Oktober 2018.
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input