MENTERI PERTAHANAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ZAKAT KEPADA AHLI KELAB KAKITANGAN AWAM KEMENTERIAN PERTAHANAN (KAKEP)

Kuala Lumpur, 8 Jun 2018 - YB Tn Hj Mohamad Sabu - Menteri Pertahanan Malaysia menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Zakat yang telah disumbangkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan - MAIWP kepada seramai 141 ahli Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) bertempat di Wisma Pertahanan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Halimi Abd Manaf; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato' Mohd Zainy Mohamed Zain; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato' Junaidah Kamarruddin serta Pegawai - pegawai dan kakitangan awam Kementerian.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Isnin, 27 Mei 2019.