STRIDE FUN & FAMILY RUN BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-50 STRIDE

Bangi, 6 Okt 2018 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Halimi bin Abd Manaf menyempurnakan Majlis Pelepasan STRIDE Fun & Family Run bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 STRIDE di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Acara larian dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5KM dan 3KM yang telah disertai oleh seramai 255 orang warga Kementerian Pertahanan beserta keluarga.

Turut hadir, isteri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datin Naimah binti Ahmad, Ketua Pengarah STRIDE, YBrs. Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Cetak