UPACARA PELETAKAN LUNAS (KEEL LAYING) KAPAL KOMBAT LITORAL TLDM KE-EMPAT (LCS4)

LUMUT, 31 Oktober 2018 - Upacara Peletakan lunas (keel laying) Kapal Kombat Litoral TLDM ke-empat (LCS4) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia bertempat di premis Boustead Naval Shipyard (BNS), di Hangar Lokasi 77, Limbungan BNS, Lumut.

Peletakan lunas merupakan aktiviti permulaan penyambungan blok kapal secara modular di atas keel line pembinaan. Tradisi ini adalah simbolik permulaan pembinaan badan sesebuah kapal sekaligus memberi gambaran bahawa projek nasional yang sedang dilaksanakan dan merupakan salah satu agenda di bawah Rancangan Pembangunan Pertahanan Maritim.

LCS4 ini adalah daripada jenis kelas Gowind yang dilengkapi keupayaan persenjataan yang memiliki kuasa tempur dan sistem pertahanan empat dimensi peperangan iaitu udara, darat, air serta elektronik. Kapal ini juga dilengkapi ciri-ciri serang hendap yang membuatkan ia sukar dikesan. Ia mampu menampung 118 anak kapal termasuk sebuah helikopter dan pasukan khas.

Kehadiran LCS dalam inventori TLDM merupakan hasil perancangan strategik TLDM dalam memastikan Armada mempunyai aset yang canggih dan lengkap berikutan peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh TLDM semakin mencabar untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. LCS kelak akan ditempatkan bagi melaksanakan rondaan dan pemantauan di perairan Malaysia terutamanya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Upacara itu turut disaksikan oleh Panglima Tentera Laut, YBhg. Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), YBhg. Pn Mastura Ahmad Mustafa ; Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Berhad, YBhg. Laksamana Madya Tan Sri Dato' Seri Ahmad Ramli Mohd Nor (Bersara), pegawai-pegawai ATM, Veteran ATM serta warga BNS.

Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 16 November 2018.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input