LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN KE SEKITAR PANGKALAN TLDM LUMUT

LUMUT, 30 Oktober 2018 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah mengadakan lawatan kerja ke sekitar Pangkalan TLDM Lumut bagi melihat kemudahan yang terdapat di pangkalan ini.

Antara tempat yang dilawati oleh beliau ialah Blok A21 Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) TLDM, Hospital Angkatan Tentera 96 (HAT 96) serta melawat Kapal Laksamana Class di jeti Tambatan Tentera Laut. Beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama warga kapal dan seterusnya dibawa ke Markas Udara TLDM utk menaiki helikopter Super Lynx ke KD Jebat bagi lawatan & menyertai Eksesais "Pangkor War".

Lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau ke Pangkalan TLDM Lumut sejak memegang portfolio sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 12 Disember 2018.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input