PAMERAN PERTAHANAN INDO DEFENCE 2018

JAKARTA, 7 November 2018 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu hari ini berada di Republik Indonesia dalam rangka lawatan empat hari sempena Pameran Pertahanan Indo Defence 2018 yang diadakan di Jakarta International Expo Kemayoran dan telah disempurnakan oleh Naib Presiden Republik Indonesia, Jusuf Kalla.

YB Mohamad berkesempatan mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama Bekas Wakil Presiden Indonesia ke-6, Jen TNI (Purn.) Try Sutrisno, Menteri Pertahanan Indonesia, HE Ryamizard Ryacudu dan Senior Minister of State for Defence Singapore, Mr Heng Chee How sejurus sebelum Majlis Perasmian Indo Defence 2018 Forum dan Expo bermula.

Beliau diiringi oleh delegasi Malaysia turut berkesempatan membuat lawatan ke ruang-ruang pameran yang terdapat di Indo Defence 2018, yang telah memilih tema 'Bolstering Defence Industri Coorperation: Archieving a Global Maritime Fulcrum and Secure World'.

YB Mohamad juga telah menyempurnakan perasmian dan resepsi Pavilion Malaysia yang turut mengambil bahagian dalam Pameran Indo Defence 2018 yang melibatkan sembilan pemain industri pertahanan tempatan. Ia terdiri daripada syarikat EN Projects (M) Sdn Bhd, DSA Exhibition & Conference Sdn. Bhd., Deftech, Sapura, Weststar, Systematic Aviation, Aerospace Technology Systems Corporation dan Advanced Defence Systems.

Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf; Panglima Tentera Darat, YBhg. Jeneral. Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi; Panglima Tentera Laut, YBhg. Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Badarudin dan Panglima Operasi Udara, YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM.

Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 16 November 2018.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input