PENGANUGERAHAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM) VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR

Muar, 25 November 2018 - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu, telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia Peringkat Negeri Johor bertempat di Dewan SBJ, Batu 3, Bakri Muar, Johor.

Seramai 176 veteran termasuk 20 darinya diwakili oleh balu telah menerima penganugerahan ini. YB Menteri turut mengambil peluang mendekati dan mendengar pemasalahan veteran menerusi sesi dialog untuk mengangkat permasalahan yang dihadapi oleh veteran dalam memastikan kebajikan & kesejahteraan veteran ATM sentiasa terbela.

Beliau turut menyampaikan Anugerah Ikon kepada 10 usahawan veteran dimana antaranya mendapat bantuan pinjaman Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (SPMUV) yang berperanan membantu usahawan veteran mendapatkan pinjaman sehingga RM50,000 dan berkonsepkan pembiayaan tanpa faedah bagi memula dan mengembangkan perniagaan dengan kadar 2.5% kos pengurusan setiap peminjam ditanggung oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat; Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Udara; Leftenan Jeneral Dato’ Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM; YBhg Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Negeri Johor; Mejar Haji Othman bin Haji Ma'an (Bersara) serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera dan Awam Kementerian Pertahanan.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Selasa, 23 April 2019.