LAWATAN ULUNG MENTERI PERTAHANAN KE PANGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) LUMUT

Lumut, 24 November 2018 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu telah melaksanakan lawatan ulung beliau ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak beliau memegang portfolio Menteri Pertahanan Malaysia sejak 21 Mei 2018 yang lalu.

Ketibaan Menteri Pertahanan di Markas Udara TLDM telah disambut oleh Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.

Beliau seterusnya menerima Kawalan Suku oleh pasukan istiadat TLDM. Lawatan ulung beliau diteruskan dengan sesi lawatan tapak bersama delegasi yang hadir dengan menaiki sebuah bas untuk melihat sendiri fasiliti dan prasarana yang terdapat di Pangkalan TLDM Lumut.

Dalam sesi lawatan singkat ini, Hospital Angkatan Tentera Lumut (96 HAT) menjadi destinasi pertama. Beliau di bawa melawat ke klinik pakar di mana tempat tersebut selalu menjadi tumpuan pesakit di sekitar Lumut yang datang untuk mendapatkan rawatan. Hospital ini turut menjadi lokasi bagi anggota Veteran TLDM mendapatkan rawatan dan bantuan ubat-ubatan.

Seterusnya beliau bersama rombongan turut di bawa ke Dewan SMK Pangkalan TLDM untuk melihat keadaan dewan bagi kegunaan pelajar di sekolah berkenaan yang rata- rata pelajarnya adalah merupakan anak kepada warga tentera. Beliau kemudiannya di bawa melawat ke blok keluarga di Blok A20 dan A21. Blok ini merupakan blok penginapan yang telah ditambahbaik dan disesuaikan mengikut keadaan semasa.

Setelah selesai lawatan, Menteri Pertahanan di bawa ke Kompleks PERNAMA Mutiara Armada untuk melihat sendiri kemudahan yang terdapat di PERNAMA. Untuk rekod, Kompleks ini merupakan salah satu cawangan PERNAMA terbesar dalam Pangkalan dan telah dinaiktaraf.

Di kesempatan itu juga, beliau sempat meluangkan masa dan beramah mesra dengan seluruh warga TLDM yang hadir.
Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Madya Datuk Reza bin Mohd Sany dan Panglima Armada Barat, YBhg Laksamana Madya Dato’ Rosli bin Ramli serta Komander Pangkalan Lumut, Laksamana Pertama Roslan bin Mohd Yunus.

Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 12 Disember 2018.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input