'WARRIORS CHALLENGE 3.0'

Sungai Besi, 24 Nov 18 - Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyempurnakan acara 'Warriors Challenge 3.0 ' bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

'Warriors Challenge 3.0' adalah acara yang dianjurkan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dengan penganjuran bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertujuan membantu meningkatkan kutipan Tabung Pahlawan dimana penganjurannya disokong penuh oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Program ini turut mendapat penajaan daripada AffinBank Group dan Genting Malaysia sebagai penaja utama.

Penyertaannya adalah terbuka kepada individu awam berumur 18 tahun ke atas dengan objektif untuk memberi peluang mengalami sendiri latihan dan cabaran ala ketenteraan yang sukar diperoleh selain berfungsi sebagai medium memupuk kesedaran dan semangat cintakan negara.

Penganjuran tahun ini turut memperkenalkan kategori baru iaitu kategori Elit dengan jarak larian dan cabaran sejauh 22.5km. Kategori terbuka masih mengekalkan jarak 11.2km. Cabaran baru yang turut diperkenalkan adalah cabaran merentasi air dengan jarak 100 meter di atas jet float.

Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 12 Disember 2018.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input