LAWATAN KERJA KE PEMERINTAHAN MEDAN TIMUR TENTERA DARAT (PMTTD)

Sarawak, 3 Dis 18 - Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, telah melaksanakan Lawatan Kerja ke Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD). Beliau memulakan lawatan di Kem Penrissen, Kuching dengan diberi taklimat mengenai Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Projek Pembangunan Kem daripada PS 1 Logisitk, MK 1 Div, Lt Kol Zahasimi bin Dahlan.

Seterusnya, beliau telah melawat RKAT bagi melihat keadaan rumah dan mendengar sendiri permasalahan yang dialami oleh anggota tentera di Kem Penrissen.

Setelah selesai lawatan di Kem Penrissen, Menteri Pertahanan telah membuat pemeriksaan Kawalan Kuarter dan menerima taklimat oleh MK PMTTD bertempat di bilik Mesyuarat MK PMTTD, Kem Muara Tuang. Dalam lawatan kerja ini beliau juga berkesempatan untuk beramah mesra bersama Warga PMTTD di Dataran Kem Muara Tuang.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa beliau sentiasa menghargai jasa dan peranan warga tentera kerana menyumbang kepada keamanan negara dan berjanji akan mengutamakan kebajikan anggota tentera dan veteran ATM di negeri sarawak.

Turut bersama sepanjang lawatan ini, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Panglima 1 Div, Mej Jen Dato’ Toh Choon Siang, dan pegawai-pegawai kanan Tentera Darat

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Selasa, 23 April 2019.