MESYUARAT 48/18 FIVE POWERS DEFENCE ARRANGEMENT

Singapura, 14 Disember 2018 - YBhg. Dato' Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia menghadiri Mesyuarat 48/18 Five Powers Defence Arrangement (FPDA) Consultative Council (FCC) bertempat di Hotel JW Marriott, Singapura pada 13 - 14 Disember 2018.

Beliau dan TYT Chan Yeng Kit, Setiausaha Tetap (Pertahanan) Singapura mempengerusikan mesyuarat ini secara bersama dan membincangkan hala tuju strategik bagi FPDA dalam persediaan menyambut ulang tahun FPDA ke 50 pada tahun 2021.

Turut hadir pada mesyuarat ini adalah Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Singapura, HE Scott Wightman; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Singapura, HE Bruce Gosper; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, HE Andrew Goledzinowski; serta Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Singapura, HE Dr Jonathan Austin. Turut hadir sebagai delegasi Malaysia adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), En Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Panglima Operasi Udara mewakili Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Seri Abdul Mutalib bin Datuk Ab Wahab, AKS J7 Markas Angkatan Bersama , Laksma Chan Peng Cheong, serta pegawai kanan ATM dan awam Kementerian Pertahanan Malaysia.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 16 Januari 2019.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input