LAWATAN TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DI PANGKALAN UDARA KUANTAN, 4 BRIGED (MEKANIZE) & MARKAS ANGKATAN BERSAMA

Kuantan, 17 Disember 2018 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong telah membuat lawatan ke Skn 320 bertempat di Pangkalan Udara Kuantan, 4 Briged (Mekanize) dan Markas Angkatan Bersama hari ini.

Sejurus tiba di Pangkalan Udara Kuantan, beliau telah disambut oleh semua pegawai dan anggota yang bertugas di skn tersebut. Seterusnya beliau telah diberikan taklimat ringkas oleh Pengarah Kerjasama Udara & Doktrin serta Pegawai Memerintah Skn 320.

Sebaik sahaja selesai taklimat, Timb Menhan telah dibawa melawat ke bilik pengoperasian yang diiriingi oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Affendi bin Buang TUDM serta Komander Pangkalan, Brig Jen Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM. Di situ, beliau telah diberikan penerangan yang lebih lanjut oleh Pegawai Memerintah Skn 320 mengenai SOP yang dilaksanakan oleh pegawai dan anggota skn.

Kemudian Timb Menhan meneruskan lawatan ke 4 Briged (Mekanize) dan telah diberi penerangan oleh Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Reizal Arif b. TS Ismail mengenai aset-aset dan keupayaan 4 Bgd (Mek). Beliau turut meluangkan masa menyantuni warga 4 Bgd (Mek) sejurus selepas Perbarisan Keupayaan Tempur 4 Bgd (Mek).

Seterusnya, beliau telah diberi taklimat dan membuat lawatan tapak pembinaan Kompleks Markas Angkatan Bersama oleh pihak pemaju. Turut serta AKS J5 Mk Angkatan Bersama dan Pegawai Kanan-kanan Mk ATM serta MinDef.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 16 Januari 2019.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input