PERUTUSAN KHAS MENTERI PERTAHANAN TAHUN 2019

Kuala Lumpur, 10 Januari 2019 - YB Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Perutusan Khas Menteri Pertahanan Tahun 2019 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, hari ini.

Perutusan Khas ini julung kali diadakan pada tahun 2019 yang melibatkan seramai hampir 1500 orang yang terdiri daripada 750 orang tentera manakala selebihnya kakitangan awam Kementerian Pertahanan. Dalam perutusan, YB Menteri telah menekankan lima teras utama iaitu Hubungan Luar dan ASEAN, Dunia Islam dan Ancaman Asimetrik, Kesiagaan Angkatan Tentera, Awam dan Veteran dan Kertas Putih Pertahanan.

Majlis turut diselitkan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh (Awam) dan Anugerah Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Terbaik dalam sistem penilaian prestasi pengurusan kewangan Tahun 2018 Kementerian Pertahanan. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Halimi bin Abd Manaf, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta warga Kementerian Pertahanan dan ATM.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Isnin, 17 Jun 2019.