DIALOG PERWIRA - KERTAS PUTIH PERTAHANAN

Kuala Lumpur, 22 Januari 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Dialog Perwira - Kertas Putih Pertahanan yang dianjurkan oleh MIDAS, MIAF & EAIR bertempat di Wisma Perwira ATM.

Menurut beliau, Penerbitan Kertas Putih Pertahanan oleh Kementerian Pertahanan merupakan pertama kali diadakan dalam sejarah negara serta bukan lagi diklasifikasikan sebagai 'sulit' yang boleh ditatap oleh semua rakyat Malaysia, dan dijangka akan dibentangkan di Parlimen Julai ini. Katanya, pendedahan itu akan memberikan maklumat yang berkaitan orang ramai, menjadikan kementerian lebih bertanggunjawab dalam setiap tindak-tanduknya.

YB Menteri berkata pelaksanaan Kertas putih itu berhasrat untuk memberikan kajian jujur terhadap cabaran keselamatan dan geopolitik yang di hadapi, jurang keupayaan, di samping menggariskan aspirasi dan hala tuju pertahanan dan keselamatan. 

Turut hadir, Tun Daim Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, YB Senator Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera, Pegawai kanan ATM dan Mindef. 

 

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 23 Ogos 2019.