PERSIDANGAN MEJA BULAT PERINGKAT TERTINGGI BINCANG KKP

Kuala Lumpur, 29 Januari 2019 - Satu Persidangan Meja Bulat Peringkat Tertinggi bagi mendapatkan pandangan serta maklumbalas dari pelbagai perspektif berhubung penyediaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) telah berlangsung di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan YB Mohamad bin Sabu ini turut disertai lima lagi menteri lain iaitu YB Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri; YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi; YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Selain menteri-menteri berkenaan, persidangan lebih tiga jam ini juga turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Halimi bin Abd. Manaf; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan bin Dolah; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Seri Alwi bin Haji Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Dr. Mohd Ali bin Mohamad Nor; dan YM Tuan Haji Engku Hamzah bin Tuan Mat, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu dalam sidang media selepas itu berkata tujuan utama dokumen ini dibangunkan adalah untuk memaklumkan kepada rakyat tentang keutamaan pada masa kini dan rancangan Kementerian Pertahanan di masa hadapan dalam memperkukuhkan benteng pertahanan dan keselamatan negara.

Ianya sebagai lambang aspirasi Kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan pertahanan negara serta mewujudkan hala tuju dan keutamaan strategik bagi keselamatan negara.

Selain itu, hadir sama pada persidangan itu Mantan Ketua-Ketua Setiausaha, Mantan Panglima-Panglima Angkatan Tentera dan Mantan Panglima-Panglima Perkhidmatan serta tokoh–tokoh akademik yang berpengaruh.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Isnin, 18 Februari 2019.

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input