SELAMAT BERSARA YBHG DATO' SRI HALIMI!

Kuala Lumpur, 12 April 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Halimi bin Abd Manaf diraikan hari ini bersempena persaraan beliau selepas lebih 35 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Pada sebelah pagi, beliau meluangkan masa berjumpa dan menyampaikan amanat kepada warga awam Kementerian di Auditorium Wisma Pertahanan.

Pada sebelah petang pula, telah diadakan 'Majlis Send Off' yang mana dimulakan dengan YBhg Dato’ Sri menyentuh e-Rakam di laluan keluar bangunan Wisma Pertahanan sebagai simbolik tamatnya perkhidmatan sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Pertahanan.

Lebih bermakna, beliau turut diberi penghormatan mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai oleh Mejar Nor Shahidin bin Long.

Kawalan berkenaan turut diiringi Pancaragam Pusat RAMD yang diketuai oleh Mejar Dom Nor Azizan bin Yahya dan 35 anggota LLP.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima-panglima Perkhidmatan, Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai kanan tentera dan awam serta warga kementerian.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Isnin, 17 Jun 2019.