MALAYSIA-JERMAN SEDIA PERKUKUH KERJASAMA PERTAHANAN

Kuala Lumpur, 16 Mei 2019 – Malaysia dan Jerman komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara khususnya dalam sektor pertahanan.

Perkara tersebut dibincangkan pada satu sesi kunjungan hormat yang dibuat oleh Duta Besar Jerman ke Malaysia, H.E Nikolaus Graf Lambsdorff ke atas Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu di Pejabat Menteri Pertahanan hari ini.

Pada pertemuan ini, YB Menteri Pertahanan turut menerima versi terkini Kertas Putih Pertahanan (KPP) dari Jerman. Perkongsian ini sebagai tanda sokongan dan rujukan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia yang kini sedang giat membangunkan KPP.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Julai 2019.