ATM TERIMA SUMBANGAN RAYA BERNILAI RM1,452,900

Kuala Lumpur, 28 Mei 2019 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan nilai keseluruhan RM1,452,900.

Nilai yang terkumpul ini mengambil kira sumbangan yang disalurkan oleh 53 agensi terdiri daripada badan-badan korporat, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta dan persatuan-persatuan sukarela.

Daripada 53 agensi tersebut, 39 agensi menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan, manakala 14 agensi lagi menyalurkan sumbangan berbentuk barangan.

Simbolik penyerahan sumbangan ini telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan pagi ini yang mana ia telah disempurnakan secara bersama oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu dan Isteri, YBhg Puan Hajah Normah binti Alwi.

Selain itu, majlis yang dihadiri 500 orang warga ATM ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH) Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr.Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Julai 2019.