TIMBALAN MENHAN TURUN PADANG LAWAT KTJ 7 BRIGED DAN PULADA

Johor, 30 Mei 2019 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong turun padang melawat Kawasan Operasi Merpati Sektor 1 dan 2 KTJ 7 Briged serta Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) semalam.

Sewaktu melawat  KTJ 7 Briged, beliau telah diberi taklimat berhubung pelaksanaan Operasi Merpati dan meninjau kemudahan serta berjumpa para anggota yang sedang ditugaskan di pos-pos yang ditetapkan. Antara pos yang sempat dilawati oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan termasuklah Pos Pulau Pisang, Pos Tg Sepang, Pos Tuan Sheh dan Pos Tebing Runtuh.

Sementara itu, bersempena lawatan beliau ke PULADA pula, beliau telah meninjau tapak serta mendengar taklimat berhubung projek pembinaan beberapa infrastruktur baharu di bawah RMK-11 di PULADA.

Infrastruktur ini termasuklah balai pengawal utama, bangunan markas PULADA, bangunan Wisma Perwira, bangunan penginapan Wisma Perwira dan bangunan pentadbiran Cawangan Ketua Platun.

Selepas itu, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut meluangkan masa berbuka puasa bersama warga PULADA serta pasukan-pasukan sekitar Johor Bahru di Masjid Al-Mujahadah, PULADA.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 16 Ogos 2019.