KSU SEMPURNAKAN MAJLIS APC DAN PPT PERINGKAT 10 BRIGED (PARA) TAHUN 2019

Ayer Keroh, 20 Julai 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) & Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Peringkat 10 Briged (Para) Tahun 2019 bertempat di Hotel Muzaffar, Melaka hari ini.

Majlis ini menyaksikan seramai 57 orang penjawat awam di bawah 10 Briged (Para) telah terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta seramai 16 orang pesara dan bakal pesara yang telah dan akan menamatkan perkhidmatan masing-masing.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dr Karminder Singh Dhillon, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Encik Mazlan bin Abd Mutalib serta pegawai-pegawai kanan Mindef dan ATM.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 16 Ogos 2019.