NAIK TARAF KEM PENRISSEN SIAP TAHUN 2020

KUCHING, 29 Julai 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu membuat lawatan kerja ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) untuk melihat proses selenggaraan, naik taraf RKAT dan pembinaan Poliklinik ATM di Kem Penrissen, Kuching. Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Wira Zamrose Mohd Zain.

YB Menteri diberikan taklimat tentang perkembangan projek dan ubah suai RKAT Kelas G oleh Pegawai Memerintah 91 Unit Perkhidmatan Ketenteraan Angkatan Tentera (UPKAT), Kol Hussian bin Mat selaku wakil Pegawai Penguasa sebelum dibawa melawat ke tapak pembinaan.

Projek peningkatan dan ubah suai RKAT di Kem Penrissen ini merangkumi sebanyak 48 unit melibatkan 2 blok Kelas G yang akan diubahsuai menjadi 24 unit.  Hal ini adalah merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1 berhubung sejumlah 54,497 unit yang tidak selamat untuk diduduki. Projek ini telah dimulakan pada 13 Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2020.   

Dalam pada itu, YB Menteri dan delegasi turut berkesempatan untuk melihat perkembangan Projek Poliklinik di Kem Penrissen yang telah bermula pada 27 November 2017 dan dijangka akan siap pada 26 November 2019. Poliklinik ini merupakan projek perintis yang dibina di Borneo khusus untuk warga Kementerian Pertahanan dan Veteran ATM. 

Turut hadir, Asisten Ketua Staf (AKS) Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Dato' Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani; AKS Logistik Brigedier Jeneral Meor Anuar Shuhaili bin Mohd Ramli; SUB Bahagian Pembangunan, Dato' Parang Abai@Thomas; Ketua Pengarah BPKP, Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Ir. Hj Chapiti bin Hj Redzuan serta pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

#MinDefMalaysia

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 16 Ogos 2019.