30 YEARS
In The
DEFENCE SHOW BUSINESS

Berita Terkini

SEMBRONG - 15 Julai 2017

Orang ramai yang terdiri daripada bangsa dari pelbagai negeri membanjiri Mini Karnival MinDef & ATM, Padang Sri Lambak Sembrong, Johor. Antara acara yang menarik perhatian orang ramai adalah Perkampungan Ikhtiar Hidup ketenteraan dan juga pameran aset-aset ATM.

"Bangga saya kerana buat julung kalinya Majlis Rumah Terbuka Malaysia tahun ini dianjurkan dengan gabungan kerjasama Dua Kementerian; Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Pertahanan Malaysia. Malah segala persiapan dan penganjurannya turut mendapat bantuan daripada ATM. Terima kasih warga Sembrong, MOTAC, MINDEF dan ATM yang bertungkus-lumus demi memastikan kejayaan dan kelancaran majlis kita ini.

"Sebagai tuan rumah, saya secara peribadi, serta mewakili seluruh warga Sembrong, amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan Isteri, kerana sudi bersama-sama memeriahkan sambutan kita pada malam ini.

"Tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan Isteri, YAB Menteri Besar Johor, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin dan Isteri, YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz dan Isteri, Menteri-Menteri Kabinet serta kepimpinan tertinggi Kementerian-Kementerian, seterusnya seluruh warga Malaysia yang hadir pada hari ini," kata Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Sembrong, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2017.

Pengumuman

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

    Selanjutnya

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

    Selanjutnya

  • Makluman Tender

    Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

    Selanjutnya

Facebook
Instagram
Youtube
Twitter
Borang
Contact
RSS
Feedback
Mobile

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2017 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input