BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 28 Mei 2019 - Seramai 95,111 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima ‘duit raya’ berjumlah RM500 bermula semalam.

Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu berkata, pemberian khas yang juga merupakan bayaran peringkat pertama Bantuan Harapan Negara (BHN) itu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM47,555,000.

Daripada jumlah tersebut, RM26,675,000 diperuntukkan kepada 53,350 veteran ATM berpencen manakala RM20,880,000 lagi diperuntukkan kepada 41,760 veteran ATM tidak berpencen.

“Pembayaran inisiatif ini diharapkan akan dapat meringankan sedikit bebanan veteran yang terlibat terutamanya semasa menghadapi sambutan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba’, katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bil 3/2019.

Pada Mac lalu, Kerajaan bersetuju meluluskan inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebagai penghargaan kepada golongan veteran ATM.