BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Johor, 28 Mei 2019 – Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu turun padang menyaksikan pelaksanaan Eksesais Perang Tioman di Perairan Tanjung Gelang semalam.

Eksesais tersebut dilaksanakan bertujuan menguji kemampuan dan tahap kesiapsiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam memelihara keselamatan kawasan maritim negara.

Sejurus selepas itu, YB Menteri Pertahanan turut meluangkan masa berbuka puasa di atas Kapal Diraja (KD) Pahang dan menyampaikan bungkusan hari raya kepada warga TLDM khususnya warga KD Pahang.

Hadir sama, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pegawai-Pegawai Kanan TLDM.