BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Johor, 30 Mei 2019 – Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong turun padang melawat Kawasan Operasi Merpati Sektor 1 dan 2 KTJ 7 Briged serta Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) semalam.

Sewaktu melawat KTJ 7 Briged, beliau telah diberi taklimat berhubung pelaksanaan Operasi Merpati dan meninjau kemudahan serta berjumpa para anggota yang sedang ditugaskan di pos-pos yang ditetapkan. Antara pos yang sempat dilawati oleh YB Timbalan Menteri Pertahanan termasuklah Pos Pulau Pisang, Pos Tg Sepang, Pos Tuan Sheh dan Pos Tebing Runtuh.

Sementara itu, bersempena lawatan beliau ke PULADA pula, beliau telah meninjau tapak serta mendengar taklimat berhubung projek pembinaan beberapa infrastruktur baharu di bawah RMK-11 di PULADA.

Infrastruktur ini termasuklah balai pengawal utama, bangunan markas PULADA, bangunan Wisma Perwira, bangunan penginapan Wisma Perwira dan bangunan pentadbiran Cawangan Ketua Platun.

Selepas itu, YB Timbalan Menteri Pertahanan turut meluangkan masa berbuka puasa bersama warga PULADA serta pasukan-pasukan sekitar Johor Bahru di Masjid Al-Mujahadah, PULADA.