BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

SIBU, 17 Ogos 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah membuat lawatan kerja ke Kem RASCOM hari ini. Beliau yang diiringi oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain telah disambut oleh Panglima 9 Bgd,

Brig Jen Abdul Rahman A. Wahab dan Pegawai-pegawai kanan MK 9 Bgd. KSU, telah dibawa melawat ke Tapak Projek Senggaraan RKAT Kem RASCOM sebelum menerima taklimat yang disampaikan oleh Pengarah 91 UPKAT, Kol Husian bin Mat dan meneruskan lawatan ke Markas 31 Briged, Kem Junaco.

Panglima 31 Bgd, Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng telah memberi taklimat kepada KSU mengenai sejarah penubuhan Regimen Sempadan (RS) dan juga isu berkaitan sewaan kem ketika beliau melawat ke Kem Junaco Park.

Seterusnya, beliau telah dibawa melawat ke sekitar kem untuk melihat fasiliti serta mengambil peluang beramah mesra bersama warga Markas Briged ke 31 Infantri Malaysia dan menandatangani buku lawatan. Lawatan kerja beliau hari ini telah diakhiri dengan melawat ke Batalion ke 9 Rejimen Sempadan Kem Bumimas.

Hadir sama, Panglima 1 Div, Mej Jen Dato' Md Din bin Hj Abu, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Dato' Thomas Parang@Abai, AKS Cawangan Log, Pengarah MINDEF Sarawak, Puan Norisal bt Saili, Brig Jen Meor Anuar Suhaili bin Mohd Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) BPKP, Brig Jen Ir. Anhar bin Anuar serta pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ATM.