BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Perlis, 25 Ogos 2019- Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah mengadakan Lawatan Pemantauan di Tapak Pembinaan RKAT Kem Oran, Mata Ayer pagi tadi.

Lawatan ini turut di sertai oleh YB Tuan Azman Bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dalam mencari jalan penyelesaian isu berkaitan projek RKAT yang lewat disiapkan daripada jadual asal. Semoga dengan lawatan pemantauan ini yang turut melibatkan SUK Negeri Perlis, dapat menyelesaikan segala isu dengan segera demi memastikan kebajikan anggota Tentera di Kem Oran ini sentiasa terjaga.