BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 23 Julai 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyampaikan sumbangan peribadi kepada Pegawai Waran 2, Abdullah Yaakub bagi meringankan beban kos pembedahan anaknya, Mohd Afif Irfan berusia 14 bulan yang menghidap penyakit hati kronik, di pejabat beliau hari ini.

Adik Mohd Afir Irfan yang menghidap penyakit hati kronik telah menerima rawatan awal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kelantan dan telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan seterusnya.

Melalui pemeriksaan lanjut, pihak PPUM telah mengesahkan bayi itu mengalami beberapa komplikasi organ hati yang memerlukan pembedahan segera di Max Super Speciality Hospital di Saket, New Delhi yang membabitkan kos pembedahan berjumlah RM160,000.

Mohd Afif Irfan dan keluarga dijangka akan bertolak ke New Delhi esok, 24 Julai 2019.
#MinDefMalaysia