BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Klang, 27 Mei 2019 - Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas Kapal Diraja (KD) LEKIU dan Kapal Diraja (KD) JEBAT pada Sabtu.

Keberangkatan tiba Baginda ke majlis tersebut disambut oleh Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong, Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany serta Pegawai-Pegawai Kanan TLDM.

Selain berbuka puasa, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut menyertai solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Staf Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ku Ibrahim bin Ku Mohamad bersama kira-kira 100 orang warga TLDM.

Dirgahayu Tuanku!