BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Sungai Petani, 23 Mei 2019 – Lapan persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara telah menerima bantuan kewangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM39,500.

Replika cek bantuan kewangan ini disampaikan sendiri oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu ketika Majlis Perjumpaan Bersama Warga Veteran ATM Zon Utara di Padang Kawad Batalion 2 Ubat, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah di sini hari ini.

Selain itu, pada majlis yang sama, Menteri Pertahanan turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM200 setiap seorang kepada 31 orang anak yatim dari Pertubuhan Pembangunan Anak- Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia.

Majlis perjumpaan dan penyerahan bantuan kewangan ini dilaksanakan antara lain bertujuan meraikan dan menghargai jasa serta khidmat bakti para veteran ATM dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain bin Haji Ahmad dan Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta Awam Kementerian Pertahanan.