BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 23 Mei 2019 – Pemimpin utama pergerakan Hamas, Palestin Sheikh Khaled Meshal hari ini menyampaikan mesej penghargaan daripada segenap lapisan masyarakat Palestin atas pendirian Malaysia yang sentiasa jelas dan tegas terhadap isu yang dihadapi oleh negara itu termasuklah tidak pernah mengiktiraf kewujudan Israel serta berpendirian bahawa Palestin mesti dikembalikan kepada rakyatnya.

Mesej penghargaan itu disampaikan sendiri oleh Sheikh Khaled kepada Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu ketika mereka bertemu dalam satu sesi kunjungan hormat di Pejabat Menteri Pertahanan pagi ini.

Pada pertemuan ini, YB Menteri Pertahanan turut mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin yang sehingga ke hari ini terus berjuang demi mempertahankan hak mereka.

Semalam, Sheikh Khalid turut melakukan kunjungan hormat terhadap YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad.