BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 21 Mei 2019 - Ketua Setiausaha, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali telah turun padang melawat Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) di Kompleks Induk STRIDE, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Lawatan ini dilaksanakan antara lain bertujuan memahami secara lebih terperinci berhubung fungsi dan peranan STRIDE di samping meninjau infrastruktur yang terdapat di Kompleks Induk STRIDE.

Pada lawatan ini, beliau telah mendengar taklimat operasi daripada Ketua Pengarah STRIDE, Dr. Mohmad Asri bin Abd Ghani berkenaan fungsi dan peranan STRIDE sebelum dibawa melawat ke Galeri Tropical Testing Centre serta beberapa makmal termasuk Makmal Perlindungan dan Biofizikal, Makmal Jentera dan Aeroangkasa, Makmal Kotak Hitam serta Makmal Instrumentasi dan Elektronik.

Selain itu, Ketua Setiausaha turut meluangkan masa bertahlil dan berbuka puasa bersama warga STRIDE di mana beliau turut menyampaikan amanat dan sumbangan kepada anak-anak yatim yang hadir.