BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 17 Mei 2019 – Palestin amat menghargai sokongan dan bantuan Malaysia sejak sekian lama khususnya dalam mengiktiraf mereka sebagai sebuah negara berdaulat.

Penghargaan tersebut disuarakan sendiri oleh Duta Palestin ke Malaysia, H.E Mr Walid Abu Ali sewaktu beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu di Wisma Pertahanan, hari ini.

Pada pertemuan ini, selain menyatakan penghargaan, kedua-dua mereka turut membincangkan isu-isu yang sedang dihadapi Palestin serta usaha dan peranan yang boleh dimainkan Malaysia untuk terus membantu mereka.

Dalam pada itu, sejurus selepas pertemuan dengan Duta Palestin itu, YB Menteri Pertahanan turut menerima kunjungan Duta Maghribi ke Malaysia, TYT Mohammed Reda Benkhaldoun.