BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 16 Mei 2019 – Malaysia dan Jerman komited untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara khususnya dalam sektor pertahanan.

Perkara tersebut dibincangkan pada satu sesi kunjungan hormat yang dibuat oleh Duta Besar Jerman ke Malaysia, H.E Nikolaus Graf Lambsdorff ke atas Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu di Pejabat Menteri Pertahanan hari ini.

Pada pertemuan ini, YB Menteri Pertahanan turut menerima versi terkini Kertas Putih Pertahanan (KPP) dari Jerman. Perkongsian ini sebagai tanda sokongan dan rujukan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia yang kini sedang giat membangunkan KPP.