BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 15 Mei 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato' Ir Dr Meor Abdul Aziz bin Hj Osman.

Pada pertemuan ini, kedua-dua belah pihak telah membincangkan mengenai penyelesaian isu-isu berkaitan projek pembangunan Kementerian Pertahanan.

Hadir sama dalam pertemuan ini ialah, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Kementerian Pertahanan, Puan Mastura binti Ahmad Mustafa dan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Dato' Parang Abai@Thomas.