BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 14 Mei 2019 - Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu meluangkan masa beramah mesra seterusnya mengagihkan 2,500 bungkus bubur lambuk kepada warga Kementerian Pertahanan dalam Program Agihan Bubur Lambuk anjuran Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) sebentar tadi.

Hadir sama dalam program tradisi Ramadan ini ialah Ketua Setiausaha, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Panglima Tentera Darat, Jen Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi serta beberapa lagi pimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang lain.