BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2019 - Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alalah Sultan Iskandar Al-Haj telah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Kementerian Pertahanan bertempat di Masjid Khalid Al-Walid, hari ini.

Majlis berkenaan telah dihadiri kira-kira 2000 jemaah yang terdiri daripada warga ATM dan warga awam Kementerian Pertahanan. Ketibaan Baginda telah disambut oleh Menteri Pertahanan, YB Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Panglima-panglima Perkhidmatan serta kepimpinan tertinggi ATM & MinDef.

Pada majlis ini juga, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 50 pelajar daripada Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM (STAY ATM).