BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2019
Slider

Kuala Lumpur, 13 Mei 2019 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali meluangkan masa hadir ke program agihan bubur lambuk anjuran Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (KAKEP) yang merupakan salah satu acara tradisi setiap kali tibanya Ramadan.

Beliau turut berkesempatan beramah mesra sambil mengagihkan sebanyak hampir 2300 bungkus bubur lambuk kepada warga kementerian. Hadir sama, Datin Seri Norizam binti Che Mohd Nor, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pertahanan.